Friday, 21 October 2011

Pembelajaran Matematik Tahun 2 Berasaskan Projek

Bidang: Nombor Dan Operasi

Tajuk: Darab

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
a) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan sifir darab.

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
i) Menggunakan sifir dua, lima, 10 dan empat bagi:
a) Mereka cerita berdasarkan ayat matematik darab yang diberi.
b) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pendaraban dua nombor.


Masa: 60 minit (2 waktu)


FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI

1.Persediaan

Pemerhatian
dan Analisis:
tinjauan berfokus / berstruktur



Penyoalan

1. Menyediakan satu gambar yang melibatkan operasi darab.












2. Tunjukkan pada murid, minta mereka menamakan operasi yang sesuai.

3. Memberitahu kepada murid operasi darab digunakan untuk mendapatkan jawapan.

3 X 2 = 6


4. Memperkenalkan tajuk pembelajaran.


Namakan bahan yang ditunjukkan.






Meminta murid menceritakan gambar tersebut.




Murid menamakan operasi.


Murid-murid menyebut ayat matematik.






2. Imaginasi
Penjanaan Idea
Sintesis Idea :


Meneroka



Merancang














Meramal
1. Menyediakan satu soalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang melibatkan sifir darab.
Contoh : Kucing makan 2 ekor ikan setiap hari.Selepas 7 hari, berapakah jumlah ekor ikan yang telah dimakan oleh kucing?
2. Membimbing murid untuk menentukan operasi dalam penyelesaian masalah.
Ayat matematik : 7 x 2 = _____

3. Meminta murid mencari jawapan.

4. Menyediakan beberapa soalan penyelesaian masalah.
5. Minta murid meramalkan dan menamakan ayat matematik.





Murid membaca soalan.







Murid menyebut operasi dalam bentuk ayat matematik.




Murid memberi jawapan.




Murid meramalkan dan menamakan ayat matematik.

3.Perkembangan

Penambahbaikan

Menilai :

Meneroka



















Mencari maklumat




























Membuat prototaip

1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).

2. Meminta murid membuat penyelesaian masalah pada kertas mahjung.

Contohnya:

Soalan : 4 x 5 = 20

Contoh jawapan murid:

Siti memetik 5 kuntum bunga sehari. Bunga yang dipetik oleh Siti selama 4 hari ialah 20 kuntum.








Hari Bilangan bunga yang dipetik
1
2
3
4

Soal jawab:
Berapa kuntum bunga yang Siti petik dalam sehari?
(Lukis lima kuntum bunga pada hari pertama di dalam jadual)
Berapa kuntum bunga yang dipetiknya pada hari kedua/ketiga/keempat?
(Murid melukis bilangan bunga tersebut pada hari kedua dan hari-hari berikutnya di dalam jadual)

3. Murid membina cerita dan menunjukkan kepada guru. Guru akan memberikan cadangan untuk penambahbaikan.

4. Membimbing murid untuk membuat prototaip masing-masing.





Murid diminta membuat cerita berdasarkan ayat matematik dan menyelesaian masalah tersebut.




Berbincang dengan rakan-rakan untuk mendapatkan idea.



























Bertanya guru jka perlu.

4.Tindakan

Pelaksanaan Amalan
Berterusan :

Melapor
Merumus

Mentaksir





Dokumentasi

1. Minta murid melaporkan tentang hasil projek yang telah dibuat.






2. Menilai hasil kerja murid dengan meminta murid memberikan pendapat dan pandangan.


3. Memapar hasil projek pada sudut yang disediakan dalam bilik darjah.


Soal jawab tentang hasil yang dibuat oleh murid.






Murid memberi pendapat dan pandangan



Contoh hasil murid.

Pentaksiran

Respon murid terhadap soalan-soalan yang diutarakan oleh guru dan kesesuaian projek

Nilai dan Sikap

Kerjasama, saling Bantu-membantu, dan menganalisa.